
CHIJ NATIVITY

CHIJ NATIVITY

CHIJ NATIVITY

CHIJ NATIVITY
Program sekolah yang akan kami tawarkan pada tahun 2020:
1. Saya Boleh Mengarang - Creative Writing
2. Saya Boleh Bercerita - Speech and Drama
3. Saya Boleh Berpantun
4. Perkasa Bahasa
5. Program Lisan
6. Minggu Bahasa (beraneka aktiviti kebahasaan)
7. Saya Boleh Menerbit
PROGRAM-POGRAM
Bengkel sekolah SAYA BOLEH BERCERITA™ 2020
Malay Speech and Drama programme developed by Cikgu Hayati Abdullah,
book author of best-seller Saya Boleh Mengarang series published by EPH
Program SAYA BOLEH BERCERITA™, yang dibawakan khas ke sekolah-sekolah, merupakan pakej pembelajaran lisan yang seronok dan berkesan. Para pelajar akan menguasai teknik-teknik bercerita yang penting untuk meningkatkan keterampilan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu .
Matlamat program ini adalah untuk:
-
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu
-
Menonjolkan keterampilan pelajar menyampaikan persembahan dalam Bahasa Melayu
-
Memperkasakan Bahasa Melayu pelajar melalui genre yang berbeza
-
Membina asas penciptaan cerita dalam diri pelajar
Pihak sekolah boleh memilih antara 3 program menarik dalam siri Saya Boleh Bercerita:
1. Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )
2. Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )
3. Saya Boleh Bercerita™ ( Bintang Kecil )
✰ Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )
Program ini mempersiapkan pelajar untuk mempersembahkan satu pementasan lakonan cerita rakyat.
Pelajar akan diperkenalkan kepada unsur-unsur lakonan seperti lantunan suara, intonasi, mimik muka dan gerak badan berdasarkan emosi yang berbeza. Melalui sebuah cerita rakyat pelajar juga akan mempelajari unsur-unsur cerita seperti latar, watak, plot . Program ini juga diharapkan dapat menyemai nilai-nilai murni melalui penghayatan kisah-kisah rakyat ini.
✰ Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )
Pelajar diperkenalkan kepada seni pementasan Teater Pembaca yang mengasah keterampilan membaca.
Pelajar akan dilatih untuk menghayati sebuah skrip walaupun dengan gerak badan yang terbatas melalui lantunan suara, intonasi dan mimik muka yang sesuai. Pelajar mempelajari unsur-unsur penceritaan yang penting seperti perwatakan, ketegangan dan peleraian. Pada akhir program pelajar akan mempersembahkan satu pementasan Teater Pembaca
✰Saya Boleh Bercerita™ ( Bintang Kecil )
Program ini bertujuan memperkasakan bahasa para pelajar darjah rendah melalui nyanyian.
Pelajar akan dibimbing dari sudut lantunan suara, sebutan baku, mimik muka dan gerak badan yang bersesuaian dengan lagu. Pelajar diperkenalkan kepada penggunaan golongan kata (Kata Nama/ Kata Kerja / Kata Adjektif) secara kreatif. Pada akhir program pelajar akan membuat satu persembahan nyanyian beraksi secara berkumpulan.
Cikgu Hayati Abdullah (Pengasas)
Pengkhususan:
Bahasa Melayu/ Bahasa Melayu Lanjutan Sekolah Rendah dan Menengah
Kelulusan Akademik dan Mengajar:
-
Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raffles dan Maktab Rendah Temasek
-
Mantan guru Bahasa Melayu/Bahasa Melayu Lanjutan di Sekolah Menengah Cedar dan Sekolah Menengah Damai
Anugerah:
-
Pemenang Biasiswa Mendaki dan Anugerah Mendaki
-
Pembahas Terbaik Bahas Antara Maktab Rendah 4PM ( 1995 )
-
Naib Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa (Universiti Malaya) (1997)
Buku:
-
Hayati Abdullah (2013), Saya Boleh Mengarang, Education Publishing House, Singapore. (Malay writing guidebook for Primary 5 and 6)
-
Hayati Abdullah (2014), Saya Boleh Mengarang, Education Publishing House, Singapore. (Malay writing guidebook for Primary 3 and 4)
-
Hayati Abdullah (2015), Saya Boleh Mengarang, Education Publishing House, Singapore. (Malay writing guidebook for Primary 1 and 2)
Sekolah-sekolah yang telah mendapatkan perkhidmatan kami pada tahun 2017-2020:
Untuk keterangan lanjut atau untuk membuat tempahan sila hubungi kami di talian:
Sekolah Rendah Balestier Hill
Sekolah Rendah Bukit Panjang
Sekolah Rendah Bukit View
Sekolah Rendah Casuarina
Sekolah Rendah CHIJ
Sekolah Rendah East View
Sekoolah Rendah Endeavour
Sekolah Rendah Gan Eng Seng
Sekola Rendah Geylang Methodist
Sekolah Rendah Greenridge
Sekolah Rendah Hougang
SEkolah Rendah Innova
Sekolah Rendah Jiemin
Seklah Rendah Jingshan
Sekolah Rendah Kuo Chuan Presbyterian
Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah
Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah
Madrasah Wak Tanjon Al-Islamiah
Sekolah Rendah Marymount Convent
Sekola Rendah Monfort
Sekolah Rendah Northoak
Sekolah Rendah Palm VIew
Sekolah Rendah Punggol
Sekolah Rendah Qihua
Payar Lebar MGS
Sekolah Rendah Queenstown
Sekolah Rendah Riverside
Sekolah Rendah Siling
Sekolah Rendah Sembawang
Sekolah Rendah Shuqun
Sekolah Rendah St. Gabriels
Sekolah Rendah Temasek
Sekolah Rendah Teck Whye
Seklah Rendah Westgrove
Sekolah Rendah Xinghua
Sekolah Rendah Yee Tee
Sekolah Rendah Yumin
West 3 Cluster Schools (Teacher's Training)
84288946 (Cikgu Hayati)
97249422 (En. Yang Iskandar)













