top of page

Program Sekolah 2020

 

1. Saya Boleh Mengarang™

 

Program SAYA BOLEH MENGARANG™ merupakan pakej pembelajaran penulisan yang bersifat membina dan menyeluruh. 

 

Matlamat program ini adalah untuk :

  • Memperkasakan pelajar dengan kemahiran kepengarangan

  • Menambah keyakinan pelajar dalam menghasilkan karangan yang cemerlang

  • Memancing minat pelajar untuk berkarya melalui suasana pembelajaran yang menyeronokkan

  • Mengatasi masalah ketandusan idea dalam karangan dan penulisan yang hambar

2. Saya Boleh Bercerita

Program SAYA BOLEH BERCERITA™ merupakan pakej pembelajaran lisan yang seronok dan berkesan. Para pelajar akan menguasai teknik-teknik bercerita yang penting untuk meningkatkan keterampilan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu .

 

Matlamat program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu

  • Menonjolkan keterampilan pelajar menyampaikan persembahan dalam Bahasa Melayu

  • Memperkasakan Bahasa Melayu pelajar melalui genre yang berbeza

  • Membina asas penciptaan cerita dalam diri pelajar

 

Pihak sekolah boleh memilih antara 3 program menarik dalam siri Saya Boleh Bercerita:

1. Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )

2. Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )

3. Saya Boleh Bercerita™ ( Bintang Kecil )

3. Saya Boleh Berpantun

 

Bengkel ini akan membawa pelajar menyelami dunia pantun Melayu menggunakan perisian-perisian khas yang dibangunkan oleh Cikgu Hayati Abdullah. Process penciptaan pantun memperkayakan perbendaharaan kata di samping menerapkan nilai-nilai murni warisan bangsa dan menyuburkan jati diri mereka. Kebolehan bertutur juga boleh digilap menerusi sesi berbalas pantun dan melagukan pantun.

4. Perkasa Bahasa

Matlamat program ini adalah untuk membina kemahiran tatabahasa para pelajar melalui kaedah yang pantas dan menyeronokkan. Dengan menggunakan kaedah pengajaran yang interaktif dan berkesan, pelajar akan mempelajari cara-cara membina ayat-ayat yang segar dan hebat sebagai asa penulisan karangan. Aktiviti-aktiviti boleh disesuaikan untuk komponen penggunaan bahasa seperti 1) imbuhan 2) peribahasa, 3) golongan kata dan 4) frasa.

5. Program Lisan Bervideo

 

Program ini bertujuan mempersiapkan pelajar untuk menduduki ujian dengan yakin. Mereka akan berlatih membaca lantang dengan kelancaran dan intonasi yang baik. Perbincangan menyeluruh berdasarkan tema-tema utama peperiksaan akan dijalankan.

6. Program Minggu Bahasa dan Budaya

 

Kami menawarkan berbagai program bahasa dan budaya yang boleh disesuaikan untuk mencapai matlamat Minggu Bahasa dan Budaya di sekolah-sekolah.

7. Saya Boleh Menerbit 

Matlamat Program : 

  • Memperkenalkan majalah-majalah dan akhbar bahasa Melayu kepada para-pelajar sebagai pencetus minat 

  • Memperkenalkan pelbagai genre penulisan kepada pelajar 

  • Memancing minat pelajar untuk berkarya melalui fotografi 

  • Mengasah kemahiran lisan para pelajar melalui wawancara dan perbincangan

Untuk keterangan lanjut atau untuk membuat tempahan sila hubungi kami di talian:

 

               : 84288946 (Cikgu Hayati)

               : 97249422 (En.Yang Iskandar)

               : principal@edufront.com

bottom of page