top of page

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg

Pusat Bahasa Nusa merupakan anak syarikat Edufront Learning Centre yang ditubuhkan pada tahun 2012. Kami menawarkan kelas bimbingan serta  bengkel-bengkel pengayaan Bahasa Melayu.

 

Kami menyediakan bengkel penulisan bahasa Melayu yang bertujuan untuk membantu para pelajar menghasilkan penulisan yang menarik dan berkesan. Bengkel penulisan ini akan berlandaskan strategi yang terdapat dalam buku 'Saya Boleh Mengarang' oleh Cikgu Hayati Abdullah terbitan EPH.

 

Di samping itu, Pusat Bahasa Nusa juga turut menyediakan empat lagi bengkel sampingan untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar. Empat program sampingan untuk digandingkan dengan program asas 'Saya Boleh Mengarang' itu ialah bengkel 'Saya Boleh Bercerita', 'Saya Boleh Menerbit', 'Saya Boleh Berpantun'dan 'Perkasa Bahasa'. Objektif keempat-empat program sampingan ini adalah selaras dengan objektif hasil pembelajaran yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam sukatan pelajaran mereka.

 

Kami berharap agar dapat memupuk minat para pelajar untuk terus mengembangkan ilmu berbahasa mereka dan menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

 

IMG_2112.JPG
WhatsApp Image 2018-09-05 at 12.57.48.jp
bottom of page